Ahad, 16 November 2014

perjuangan diteruskan

HIDUP  dalam perjuangan adalah suatu kehidupan yang mendebarkan. Sentiasa di kunjungi debaran dalam hati yang kuat maupun  lemah.  Walaupun jawapan telah di ketahui kerana modul sesuatu soalan dan jawapan itu telah di"gezet"kan oleh al-Qur'an namun debaran tetap mengunjungi insan pejuang kerana setiap soalan itu tidak di ketahui bila waktunya  mengunjungi diri kita. 

KEYAKINAN, bahawa sesuatu yang memeritkan dalam perjuangan adalah ujian yang menguji kualiti pejuang. Ia amat di perlukan sentiasa.  Tanpa keyakinan, pejuang pasti gagal dan gugur tanpa pahala dan jauh dari keredhaanNYA.

JALAN perjuangan yang di lalui oleh sesiapa pun tetap sama.  Perjuangan pasti mempunyai matlamat yang jelas.  Dengan matlamat yang jelas perjuangan di teruskan. Detik demi detik mesti bergerak kehadapan untuk menyempurnakannya sebagai bukti keyakinan dan keimanan hamba.   

APA yang akan dilalui oleh kita di akhir zaman sama saja dengan mereka yang terdahulu di awal perjuangan.  Tiada bezanya.  Apa saja situasi yang pastinnya manusia berhadapan dengan kesusahan dan kepenatan mesti ditempuhi.  Dari kesakitan yang berkaitan dengan kesihatan diri sehingga tekanan musuh yang melibatkan keperitan dan kematian adalah antara modul yang telah di kemuka dan di tetapkan al-Qur'an. 

KEIMANAN yang benar dan jelas kepada RABBINA adalah aset  yang utama dalam perjalanan perjuangan ini.

WaLLAHu a'lam


Tiada ulasan:

Catat Ulasan